Tuesday, December 30, 2008

Keharmonian Malaysia Dijaga


ARTIKEL AM:
Sebagai rakyat Malaysia sikap intigriti dan harmoni hendaklah dipelihara oleh rakyatnya. Jauhi dari buruk sangka dan rasa benci antara kaum. Kerana semua itu tidak memberi faedah malahan ia mengundang keburukan dan pergaduhan.

Perkara yang amat sensitif saperti hak penganutan agama di negara ini saperti yang termaktub dalam Perlembagaan hendaklah dipelihara dan jauhi dari diungkit-ungkit.

Rakyat Malaysia tinggal dalam sebuah negara yang amat terbuka dan bebas melakukan apa yang dikehendakki oleh sesiapa asal jangan melanggar undang undang dan peraturan yang ditetapkan oleh pehak berkuasa atau hukum hukum agama.

Bagi orang politik, tak kira yang memerintah atau yang membangkang mestinya ada rasa tanggung jawab kepada masyarakat pelbagai kaum lebih daripada keuntungan politik mereka. Sepatut mereka sudah faham betapa negara ini penghuninya adalah berbilang kaum, mudah sensitif dan mudah berlaku perkara yang tak diingini akibat dari sikap rakus  orang orang politik baran (Jelas diperlihatkan dalam Persidangan Parlimen).

Hubaya, belajarlah menjadi orang berguna wahai orang politik.




2 comments:

Anonymous said...

Ewah ewah ada amboi baru..jom kita lepak!!!

Anonymous said...

Malaysia sebuah negara aman. Penduduknya terdiri berbagai kaum. Mudah sensitif. Rakyat perlu berhati hati sebarang tindakan yang hendak di ambil.

Lihat sahaja apa terjadi di Palestin yang menerima kekejaman tentera Israil secara membabi buta. Yang terkorban kanak kanak, wanita orang tua yang bersembunyi ditempat yang mereka fikir selamat, tetapi tentera gila Israil tidak kenak belas kasihan dan tiada berhati perut. Tempat saperti itu dibedilnya juga. Bergelimpanganlah mayat disekitarnya..