Tuesday, December 30, 2008

Keharmonian Malaysia Dijaga


ARTIKEL AM:
Sebagai rakyat Malaysia sikap intigriti dan harmoni hendaklah dipelihara oleh rakyatnya. Jauhi dari buruk sangka dan rasa benci antara kaum. Kerana semua itu tidak memberi faedah malahan ia mengundang keburukan dan pergaduhan.

Perkara yang amat sensitif saperti hak penganutan agama di negara ini saperti yang termaktub dalam Perlembagaan hendaklah dipelihara dan jauhi dari diungkit-ungkit.

Rakyat Malaysia tinggal dalam sebuah negara yang amat terbuka dan bebas melakukan apa yang dikehendakki oleh sesiapa asal jangan melanggar undang undang dan peraturan yang ditetapkan oleh pehak berkuasa atau hukum hukum agama.

Bagi orang politik, tak kira yang memerintah atau yang membangkang mestinya ada rasa tanggung jawab kepada masyarakat pelbagai kaum lebih daripada keuntungan politik mereka. Sepatut mereka sudah faham betapa negara ini penghuninya adalah berbilang kaum, mudah sensitif dan mudah berlaku perkara yang tak diingini akibat dari sikap rakus  orang orang politik baran (Jelas diperlihatkan dalam Persidangan Parlimen).

Hubaya, belajarlah menjadi orang berguna wahai orang politik.